Selamat datang ke Hotel MOTY, Melaka!

Dengan 80 bilik dan suite, hotel moden yang bebas rokok ini terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Nikmati kolam renang tertutup, kolam renang kanak-kanak dan juga kolam pusaran air kami. Tidak ketinggalan juga kemudahan bilik sauna dan wap yang berasingan untuk lelaki dan perempuan. Sememangnya suatu tempat sempurna untuk berehat selepas seharian di luar.

Sebuah hotel perniagaan deluxe yang dilengkapi kemudahan rekreasi untuk memastikan penginapan anda di Melaka terbaik dalam kenangan anda. Hotel MOTY, oasis urban anda di bandaraya Melaka semestinya kombinasi sempurna antara penginapan moden dengan perkhidmatan bertaraf tinggi.

BANDARAYA MELAKA

Disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2008, Melaka juga suatu destinasi pelancongan popular di Malaysia. Bandaraya Melaka memiliki pelbagai tapak bersejarah dan juga terkenal dengan makanan tempatannya yang boleh didapati di setiap penjuru bandar.

BILIK & SUITE

80 bilik tetamu & suite hotel yang serba lengkap, selesa dan luas. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi memastikan penginapan yang paling selesa untuk anda. Anda akan terkejut dengan penginapan moden dan suasana mesra kami di Melaka!

MENJAMU SELERA

Di Hotel MOTY, restoran Jepun kami – MO TASTY bukan sahaja menawarkan hidangan asli Jepun tetapi juga hidangan antarabangsa yang terbaik. Dan pada waktu pagi, suatu bufet sarapan antarabangsa yang lazat menanti anda!

Terdapat juga ruang santai di tingkat pertama yang menyediakan pelbagai jenis minumum untuk menghilangkan dahaga anda!

DI MANA KAMI

Lokasi, lokasi, lokasi – hotel terletak di tengah-tengah Melaka dan dalam jarak berjalan kaki dari tempat tarikan pelancong utama dan hanya dua minit daripada pusat membeli-belah; Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan, tiada tempat yang lebih baik untuk anda!