Penginapan
Dengan menawarkan nilai untuk wang, 80 bilik tetamu dan suite Hotel MOTY direka untuk mereka yang inginkan sesuatu yang berbeza. Bilik tetamu adalah luas dan telah dihiasi secara mewah. Bilik mandi yang berlantaikan marmar dilengkapi dengan pancuran dan tab mandi yang berasingan untuk kepuasan anda.
Pilih daripada empat jenis penginapan berbeza termasuk bilik Deluxe, bilik Premium, bilik Keluarga dan suite Studio. Kesemua bilik tetamu kami dilengkapi dengan kemudahan dan perkhidmatan berikut:
- Akses Wi-Fi percuma
- Peti deposit keselamatan
- Televisyen skrin LED
- Program satelit TV
- Air botol percuma
- Yukata
- Kubikel berasingan dengan pancuran hujan dan pancuran pegangan tangan
- Tab Mandi
- Peti Sejuk Termoelektrik
- Kemudahan membancuh kopi & teh
- Pengering rambut
- Seterika & meja seterika
- Khidmat dobi
- Perkhidmatan pengemasan harian
BILIK DELUXE
Dilengkapi dengan dua katil super single atau satu katil bersaiz king, bilik deluxe kami dihiasi dengan perabot elegan dan amat luas. Fabrik berkualiti tinggi dan bantal yang besar menjanjikan tidur yang lena buat anda. Sesetengah bilik deluxe menjanjikan pemandangan Selat Melaka yang menakjubkan.
Saiz bilik antara 33 – 36 meter persegi.
BILIK PREMIUM
Kesemua bilik tetamu Premium kami dilengkapi dengan sebuah kati bersaiz king. Dengan perabot yang serba elegan dan bilik yang luas, fabrik berkualiti tinggi dan bantal besar menjanjikan tidur yang lena buat anda. Bertempat di penjuru bangunan hotel, bilik yang lebih besar ini menjanjikan ruang bekerja berasingan untuk pelancong perniagaan.
Saiz bilik adalah 38 meter persegi.
BILIK KELUARGA
Bilik Keluarga kami yang unik telah direka khas untuk keluarga beranggota empat tinggal secara selesa. Dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz king dan dua katil super single, bilik yang teramat luas ini amat berbaloi harganya. Kami menggalakkan tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan memandangkan hanya tiga unit sahaja yang tersedia!
Saiz bilik adalah 50 meter persegi.