Kemudahan Hotel
Apabila di Melaka, tinggal dengan seorang yang rapat di lokasi yang selesa. Di Hotel MOTY, kami memberikan sentuhan peribadi dalam perkhidmatan kami dengan harga yang berpatutan. Selain kaunter sambutan tetamu 24 jam untuk memastikan segala keperluan anda dipenuhi, kami turut menyediakan sambungan internet Wi-Fi yang percuma lagi pantas.
Dengan tempat meletak kenderaan yang banyak tersedia dan pengawal keselamatan 24 jam, anda boleh berehat dan bersantai di kolam renang tertutup kami yang turut dilengkapi dengan kolam pusaran air dan kolam renang kanak-kanak. Kemudahan bilik wap dan sauna yang berasingan untuk lelaki dan perempuan juga disediakan.

Kolam Renang Tertutup
Antara beberapa hotel di Melaka dengan kolam renang tertutup. Bersebelahan dengan kolam renang adalah kolam renang untuk kanak-kanak dan kolam pusaran air untuk melegakan otot yang letih dan lenguh. Terdapat juga bilik persalinan berasingan untuk lelaki dan perempuan termasuk kemudahan bilik wap dan sauna mereka tersendiri.

Bilik Wap dan Sauna
Bersantailah di bilik wap atau sauna kami (kemudahan berbeza untuk lelaki dan perempuan). Oasis kesejahteraan kami membuatkan anda berasa segar dan bertenaga selepas berehat seketika.
Tiada tempat yang lebih baik dari Hotel MOTY!